Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS WARGANYA

Jerantut, 19 Julai 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas warga kerjanya di sini, semalam.

Beliau telah hadir bersama isteri, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin, selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN bagi membuat lawatan ke atas Inspektor Muhamad Hazwan Rahman yang mengalami kecederaan di tangan semasa menjalankan tugas Op Tapis Khas baru-baru ini.

Selain memberi kata-kata semangat, Dato’ Sri Mohd Kamarudin turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai tersebut.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik, (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Zainuddin Ahmad, Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang, SAC Dato’ Mohd Yusri Othman, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip, Penolong Pengarah Narkotik (Urus Setia) Bukit Aman, Superitendan Mohamed Salim Gulam Mohamad, Ketua JSJN Kontinjen Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan dan sebahagian pegawai kanan JSJN.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS