Kuala Lumpur, 21 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia dan memberikan jaminan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya di enam negeri, bulan depan. Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap pegawai dan anggota diingatkan bersikap profesional serta rasional ketika menjalankan tugas sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.