Shah Alam, 22 Julai 2023 - Malaysia mencatatkan purata sebanyak 66 kes dalam tempoh setiap satu jam atau 1,573 kes kemalangan sehari bermula 1 Januari sehingga 30 Jun tahun ini.
Jumlah itu sekali gus mencatatkan purata kadar kemalangan sebanyak 11,795 kes bagi setiap minggu.
Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan yang dicatatkan itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak 13.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
“Kes kemalangan jalan raya di negara ini bermula 1 Januari sehingga 30 Jun lalu ialah sebanyak 294,197 kes yang mana 3,065 daripadanya merupakan kemalangan maut manakala cedera sebanyak 15,638 kes.
“Bagi tempoh sama pada tahun 2022, sebanyak 283,065 kes kemalangan dicatatkan.
"Kes kemalangan maut turut meningkatsebanyak8.1 peratus daripada 2,939 kes pada enam bulan pertama tahun lalu kepada 3,065 kes pada tempoh sama tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.