Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mendekati masyarakat dalam program "walkabout" yang dijalankan di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang dan Pusat beli-belah Pavillion, malam tadi.
Hadir sama ialah Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur (KL), CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Fadzil Ahmat, Pemangku Timbalan KP KL, SAC Hj. Habibi Hj. Majinji, barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah serta pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah dan TikTok PDRMsiaOfficial