Menu

ARTIKEL PILIHAN: PENEMPATAN PASUKAN DRON TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN ESSZONE

Kota Kinabalu, 28 Julai 2023 - Penempatan pasukan dron di Lahad Datu akan membantu memantapkan lagi pengoperasian pasukan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, pasukan itu akan diletakkan di bawah Pasukan Polis Marin (PPM).

Beliau berkata, dengan adanya penggunaan dron ia akan memudahkan pasukan tindak balas pantas bergerak dengan dikordinasikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pegawai yang berkelayakan dan mendapat pengiktirafan sebagai tenaga pengajar di peringat dunia.

Maka, ia membolehkan pasukan dron dilatih dan akan diletakkan di bawah PPM yang akan sama-sama membantu pasukan ESSCOM mengawal keselamatan di perairan pantai timur Sabah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../penempatan-pasukan-dron...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS