Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2023: TERASA ‘DIJENTIK’ TAK SANGKA DITEMBAK

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 - Walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu, namun masih segar dalam ingatan bekas anggota polis, Datuk Bahari Ismail 73, mengenai peristiwa diserang hendap komunis selepas menjalani operasi di Hutan Grik, Perak.

Malah, peristiwa itu juga meninggalkan kesan buat dirinya apabila empat peluru milik komunis masih tertanam dalam badannya sejak 1976 akibat serangan hendap itu.

Berkongsi pengalamannya, Datuk Bahari berkata, pengalaman berkhidmat ketika menentang komunis masih segar dalam ingatan walaupun sudah bersara daripada anggota pasukan keselamatan itu pada 1996.

“Kejadian serangan hendap oleh komunis adalah kejadian yang tidak boleh saya lupakan, ia berlaku pada 23 Disember 1976.

“Ketika kejadian itu, saya dalam perjalanan pulang bersama satu konvoi anggota polis selepas menjalani operasi di Hutan Grik, Perak, kira-kira jam 6 petang.

“Ketika itu, saya berada di laluan antara Pengkalan Hulu dengan Betong, menaiki sebuah Land Rover, apabila tiba di satu kawasan secara tiba-tiba kami diserang hendap komunis yang datang dari bukit di jalan berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text that says 'ingatan Kuala Lumpur: Walaupun Terasa 'dijentik' tak sangka ditembak ang- kanan) ketika bertugas Pasuhan Hutan (የዘ) dan Senor Taaq pada buat ngat sehingga komu- nis berkenaan melarikan akibat hendap Bahari berkata, pengalaman- laupun dilakukan EMPAT peluru tertanam kejadian hampir penggmnas comumis berada namun me- Bahari menyedari kerana mema- perhubungan komunikasi bom 'Seorang anggota men- saya dalam rak, kenderaan Hutan am petang bungan.itu, dera. beberapa bahagian badan. rupanya embak beberapa baha- adan, tidak kenderaan dia tidak namun saya masih dalam (kenderaan). membalas jatuh anggota, erbunuh dalam 'Mujurlar terdapat kere- mula mengalir melihat sehingga apaba konvo bantuan, menyayat begitu katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS