Menu

ARTIKEL PILIHAN: PENYERANG PDRM BRUNO SUZUKI PELUK ISLAM

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Penyerang Pasukan Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC), Bruno Suzuki selamat menjadi saudara baharu apabila memeluk agama Islam, semalam.
Perkembangan itu dikongsikan PDRM FC menerusi akaun Facebooknya, semalam.
Menerusi hantaran terbabit, skuad 'The Cops' menzahirkan rasa syukur atas berita gembira terbabit.

"Alhamdulillah dengan syukur ke hadrat Allah SWT ingin mengumumkan bahawa pemain PDRM FC, Bruno Suzuki telah memeluk agama Islam.
"Beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah bertempat di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) semalam bersamaan 15 Muharam 1445.
"Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Allahuakbar," kata pasukan itu.

Penyerang berusia 30 tahun itu mengucap di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan PULAPOL, SAC Noor Hisam Nordin, Timbalan Komandan (Kepolisan Am) PULAPOL KL, Superintendan Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS