Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail dan Pengarah
Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran “Dato’ Sri”.