Menu

PGU SARAWAK LAKUKAN PENERBANGAN IHSAN BAWA JENAZAH MENDIANG PEGAWAI KANAN PASUKAN KE KUCHING

Kuching, 5 Ogos 2023 – Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sarawak melakukan penerbangan ihsan bagi membawa pulang jenazah mendiang Inspektor Sandes Edwin Umpang dari Miri ke daerah ini pagi tadi dengan menaiki pesawat jenis Cessna Caravan 208.

Mendiang Inspektor Sandes, 52 tahun, merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Penerbangan yang diketuai oleh juruterbang, DSP Ng Chuen Beng dan turut disertai balu bersama ahli keluarga mendiang berjalan lancar dengan keadaan cuaca juga dilaporkan baik.

Ketibaan jenazah mendiang Inspektor Sandes di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching telah disambut oleh Unit Kebajikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan akan dibawa pulang ke Taman Samarindah, Kota Samarahan bagi urusan pengebumian.

May be an image of 2 people and helicopter

May be an image of 10 people, helicopter, seaplane and text that says '9M-P POLIS DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 12 people

May be an image of 8 people

May be an image of 5 people

May be an image of 14 people and text

May be an image of 11 people

May be an image of 13 people and aircraft

May be an image of 8 people and aircraft

May be an image of 5 people, helicopter, ambulance and text that says 'P PDRM'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS