Menu

[POSTING PILIHAN] OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS: KESALAHAN PENJAGA PARKIR HARAM ATAU 'ULAT PARKIR'

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik telah melaksanakan Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara berkuat kuasa sejak 28 Julai 2023. Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah kesalahan penjaga parkir haram atau 'ulat parkir' dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan, 'ulat parkir' boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pengguna jalan raya boleh menyalurkan aduan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya diminta wang oleh ‘ulat parking” agar tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be an image of 1 person, slow loris and text that says 'OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS Bila dah parking kenderaan, tiba-tiba muncul 'ulat parking' yang meminta duit sedangkan kawasan tersebut adalah jalan/ tempat awam. 1/ OP PARKIR HARAM Kegiatan 'ulat parking' adalah salah di sisi undang-undang dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Masyarakat boleh menyalurkan aduan kepada PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa. @JSPTPDRM @pdrmsia_trafik @PDRMsia_Trafik @JSPT CHANNEL JSPT@BA OFFICIAL'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS