Masyarakat diingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan sindiket penipuan menggunakan emel palsu berkenaan saman trafik Polis Diraja Malaysia yang meminta individu untuk memberikan maklumat perbankan peribadi.
Pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu di laman web jabatan atau agensi yang sah sebelum melakukan sebarang transaksi.