Shah Alam, 11 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggerakkan pegawai dan anggotanya daripada beberapa kontinjen bagi penugasan dan membantu kelancaran proses pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, esok.
Di Kuala Lumpur, Timbalan Ketua
Polis KL, DCP Dato' Azry Akmar Hj. Ayob berkata, seramai 687 termasuk tiga pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur digerakkan untuk membantu
kelancaran proses PRN di Terengganu.
Mereka perlu mengingati amanat Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain iaitu laksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan berhemah.
"Kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi," katanya dalam ucapan sempena Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu pada Khamis.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.