Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PRN: 42 ADUAN MYKAD DIGUNA PENGUNDI LAIN - KPN

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023 - Polis menerima 42 laporan berhubung penggunaan kad pengenalan milik individu lain dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15, semalam.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata laporan tertinggi diterima di Selangor dengan 16 kes.

“Selain Selangor, sembilan kes sama dilaporkan di Kedah, Pulau Pinang (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga) dan Kelantan satu kes.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS