Menu

ARTIKEL PILIHAN: PENUGASAN K9 DI LOKASI RUSUHAN BERMULA TAHUN DEPAN

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) dalam Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di lokasi rusuhan, akan bermula tahun depan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, penggunaan khidmat anjing pengesan yang dikenali sebagai anjing rusuhan itu adalah inisiatif mempelbagaikan tugasan haiwan berkenaan.

"Ketika ini, kita ada 10 ekor anjing pengesan yang sudah diluluskan. Insya-Allah, kita akan memulakan penugasannya pada tahun depan.

"Logik penggunaan anjing ini ialah apabila ada orang terutama Muslim yang nampak anjing pengesan, mereka akan berundur, dan kaedah ini sesuai dalam situasi rusuhan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Menunggang Kuda FRU Siri 2/2023 di Markas FRU di Cheras, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 peserta kursus selama tujuh minggu bermula 3 Julai lalu hingga hari ini berkenaan menerima lencana daripada Dato' Sri Hazani sebagai tanda tamat program terbabit.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1140288/penugasan-k9-di-lokasi-rusuhan-bermula-tahun-depan?fbclid=IwAR3CM3F-IvE6Kw1onQqngyK4tkp5QWVZzFZkGsOq3Vs5RMzXQmVTKwaqOIs 
Penugasan K9 di lokasi rusuhan bermula tahun depan | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS