Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan insiden kekasaran didakwa dilakukan seorang anggota polis di hadapan pintu masuk sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di pantai timur, Jumaat lalu.
Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad berkata, siasatan dijalankan termasuk dari segi sekiranya terdapat sebarang unsur sama ada jenayah
atau tatatertib.
"Sekiranya ada unsur jenayah, maka ia akan disiasat mengikut sudut jenayah sehingga membawa kepada pertuduhan berbeza dengan kesalahan tatatertib di mana mereka boleh dikenakan tindakan seperti surat amaran, denda termasuk buang kerja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini pada hari ini.
Kata Dato’ Sri Azri, pihaknya sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh anggota atau pegawai.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.sinarharian.com.my/article/273720/berita/semasa/jips-siasat-insiden-anggota-polis-bertindak-kasar?fbclid=IwAR2QQoL57L_qrWQAJl9LVv13V9qpOl2Q0GtPecrgPedTDLD7KPlunlDS1G4