Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Pengarah
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur (KL) di antara CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain dengan penyandang baharu, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid di Foyer A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, di sini, hari ini.
Dato' Allaudeen yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah
(Pematuhan Standard), JIPS Bukit Aman, dinaikkan ke pangkat Komisioner Polis (CP) dalam pertukaran pegawai kanan polis, baru-baru ini.
Pada majlis yang sama, turut diadakan Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen KL di antara Datin Sri Ennie Salina Roseli dan Datin Dr. Kamariah Omar sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Azri.
Terdahulu turut berlangsung pemakaian pangkat kepada Dato' Allaudeen yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Azri.