Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini secara rasmi menerajui
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) JSJ di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Pelantikan beliau adalah bagi melengkapkan barisan kepimpinan
JSJ yang sebelum ini disandang oleh DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 22 Jun lalu.
Majlis pagi tadi dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) pengarah yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily di hadapan para tetamu yang hadir.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara serah terima tugas jawatan Pengarah JSJ di antara Dato' Sri Ayob Khan dan Dato' Sri Mohd Shuhaily dengan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin disusuli penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa.
Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJ di antara SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin kepada suri hati Dato’ Sri Mohd Shuhaily iaitu Datin Sri Ennie Salina Roseli yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur. Acara tersebut disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Dato' Sri Mohd Shuhaily merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur, mula menyertai Pasukan sejak tahun 1998 telah memegang beberapa jawatan penting antaranya Ketua
Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Cawangan Khas
Pahang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, Ketua Polis
Pulau Pinang dan
Polis Kuala Lumpur.
Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, para Pegawai Kanan PDRM dan rakan media.
Selamat bertugas Dato' Sri.