Menu

KURSUS ASAS SELAM TEMPUR UTK LATIH KECEKAPAN PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM


Kuala Terengganu, 17 Ogos 2023 – Seramai 14 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia berjaya menamatkan Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2023 dengan cemerlang pada hari ini.

Majlis penutupan kursus asas berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Markas Taktikal Laut UTK, Pulau Bidong, Terengganu, di sini.

Kursus yang diadakan selama sebulan itu melatih kecekapan dan ketangkasan para peserta selain melahirkan operatif yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan peralatan selam. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran selaman dan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas taktikal perenang tempur.

Berucap dalam majlis perasmian penutup, Dato’ Sri Ayob Khan berharap kepimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) serta Komander UTK dapat membuka lebih banyak peluang bukan sahaja kepada warga UTK bahkan kepada warga Pasukan yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan serta menambah baik kemahiran sedia ada.

“Semoga lebih banyak peluang serta ruang penglibatan dalam kursus-kursus bersesuaian dengan keperluan penugasan semasa diberikan kepada warga Pasukan”, ujarnya lagi.

Timbalan KPN juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus anjuran UTK dengan jayanya.

Dalam majlis yang sama, Timbalan KPN diberi penghormatan khas apabila dianugerahkan beret kehormat, lencana kehormat sniper dan penyelam tempur UTK yang disampaikan sendiri oleh komandernya, SAC Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi disusuli penganugerahan lencana kehormat yang sama kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Tidak ketinggalan juga, penyematan lencana kehormat penyelam tempur UTK diberikan kepada Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa dan Ketua Unit PDRM RMP TV, Bahagian D6, JSJ, ASP Mohd Azlizan Jamaludin.

Dalam kursus asas kali ini, seorang Pegawai Rendah Polis (PRP) dari Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan dua orang PRP dari Bahagian D10 (Forensik), JSJ, Bukit Aman turut menyertai kursus yang diadakan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan) KDNKA, Bukit Aman, CP Dato’ Hishamudin Tahar, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Hj. Che Muhamad Azmi Ngah dan barisan kejurulatihan UTK.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 12 people, flute and text that says 'MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS SELAM TEMPUR UNIT TINDAKHAS SIRI 1/2023 Disempurnakan Oleh: YDH DIG DATO' OK KHAN MYDIN PITCHAY Timbalan Ketua Polis Negara OGOS 2023 (KHAMIS) PULAU BIDONG, TERENGGANU'

May be an image of 15 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people

May be an image of 2 people, helicopter and text that says '@HAK MILIK PDRM'

May be an image of 2 people and text that says '@HAK PDRM'

May be an image of 8 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'Disempurnakan YDH DIG DATO' SRI AYOB KHAN BIN Olen: MYDIN PITCHA Timbalan Ketua Polis Negara 17 OGOS 2023 (KHAMIS) GGANU PULAU BIDONG POLA'

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS