Kuala Lumpur, 20 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Timbalan Perdana Menteri (Timbalan PM) merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Allahyarham Dato' Sri Johari Harun, siang tadi.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda untuk disolatkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak, di sini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj.
Wan Rosdy Wan Ismail.
Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan arwah dicucuri rahmatNya serta ditempatkan bersama para syuhada.
Al-Fatihah.