Menu

#SembangTrafik MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU, PEMANDU BAKAL DISAMAN SEBANYAK RM300

Pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan bakal berhadapan tindakan saman tembak laju atau dikenali saman ekor di seluruh negara.
Operasi berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan tersebut di jalan persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman.

Notis saman K170A tersebut akan dipos ke alamat kediaman pesalah tratik.
Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar had laju yang ditetapkan akan dikenakan saman kompaun sebanyak RM300.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS