Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 - Sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia ke-55 tahun yang disambut pada 3 Ogos lalu dan Bulan Kebangsaan, PERKEP Malaysia telah menganjurkan program Bicara Rohani Khas yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim,
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, malam tadi.
Program bual bicara bertajuk ‘Keluarga Berintegriti, Keluarga Disegani’ itu telah menampilkan dua ahli panel iaitu Timbalan Mufti Negeri Pahang, Sahibus Saadah Dato' Hj. Badli Shah Hj. Alauddin dan Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling),
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud serta Pegawai
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Pengerusi Surau Putra Al-Amin, Ustaz Hj. Zakaria Othman sebagai moderator.
Antara inti pati yang dapat disimpulkan dalam bual bicara selama hampir dua jam itu adalah mencari keharmonian dalam setiap keluarga perlu dipupuk dengan asas agama dan integriti selain pasangan suami isteri hendaklah saling bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab membentuk keluarga dengan sebaik mungkin berpandukan syariat Islam demi mengecapi kebahagiaan dunia akhirat.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman bersama naib pengerusinya, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mat Kasim Karim, Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad bersama isteri, Datin Sri Norliah Othman merangkap Pengerusi PERKEP JIPS, Pengarah
Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim bersama isteri, Datin Sri Sharifah Rodziah Syed Agil merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, barisan Pengerusi PERKEP jabatan dan ahli-ahli PERKEP.
Program bual bicara tadi juga dapat ditonton secara "live" menerusi Facebook Rasmi PDRM.