Menu

VIDEO PILIHAN: KPN TERIMA DARJAH KEBESARAN DARJAH GEMILANG SERI MELAKA

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dianugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali telah menganugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) kepada Tan Sri Razarudin yang membawa gelaran 'Datuk Seri' pada istiadat penganugerahan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah - JSJ PDRM dan TikTok PDRMsiaOfficial

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS