Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET EDAR DADAH DIDALANGI WANITA THAILAND TUMPAS

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi seorang wanita warga Thailand dalam serbuan berasingan sekitar ibu negara, Jumaat lalu dan merampas Syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Tiga siri serbuan dijalankan bermula pada jam 7 malam hingga 9.15 malam dan pada serbuan pertama, polis menahan tiga suspek di tepi jalan Taman Permata, Cheras.

Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua warga Thailand, termasuk seorang wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, menerusi serbuan kedua di tempat letak kereta di Solaris Dutamas, polis menemui 15 bungkus dadah jenis Syabu yang disimpan dalam sebuah kereta Nissan Sentra.

“Dadah yang ditemui itu dianggarkan seberat 15 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan RM520,000 dan mampu menampung penggunaan seramai 30,000 pengguna dadah.

“Hasil soal siasat ke atas tiga suspek, membawa kepada penahanan seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun di lobi sebuah residensi di Taman Kobena, Cheras,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Dato’ Allaudeen, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif mengedar Syabu sekitar ibu kota sejak dua bulan lalu dan modus operandi dengan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diserahkan kepada pembeli.

Turut ditangkap adalah perancang utama bagi sindiket ini iaitu seorang perempuan warga Thailand berusia 30 tahun.

Keempat-empat suspek direman tujuh hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

May be an image of 1 person and text that says 'Antara yabu ang dirampas dalam pada Ogos serbuan sekitar Kuala Lumpur Sindiket edar dadah didalangi wanita Thailand tumpas modus operandi Lumpur: terdabulu_di Selang semakan Sgkus Allaudeen dahitud hari Akta Dadah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS