Kuala Lumpur, 26 Ogos 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir merasmikan Penutup Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa Ke-47 Tahun 2023, di sini semalam.
Beliau yang hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain turut meraikan para peserta kursus tersebut dalam sebuah majlis Malam Mes yang diadakan di Dewan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Azmi berharap segala ilmu kepimpinan yang dicurahkan dalam kursus tersebut dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan para peserta dan kerjasama yang terjalin sentiasa kukuh sesama Pasukan polis di seluruh negara.
Kursus yang berlangsung dari 7 hingga 24 Ogos lalu telah disertai seramai 37 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan 21 Pegawai Kanan Polis dari beberapa buah negara antaranya Brunei, Indonesia, Palestine, Qatar, Nageria serta Turkiye.
Turut hadir, Embassy of The State of Palestine, H.E Walid A.M Abu Ali, High Commissioner of Brunei Dasrussalam, H.E Dato Mahmud Saidin, Charge D’ Affaires a.i Embassy of the Hashemite Kingdom of Jordan, Mr. Bilal Abdullah Mohammad Nsour, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Dato' Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilbert Philip Layang, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman dan para pegawai kanan Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Sumber: Maktab PDRM KL






































