Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BUDAK DIDERA DIDAKWA DILANGGAR LORI

Serdang, 27 Ogos 2023 - Seorang wanita tergamak berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan palsu mendakwa anak lelakinya dilanggar sebuah lori.

Tindakan itu bagi menyembunyikan rahsia daripada pihak hospital bahawa kecederaan dialami kanak-kanak berusia lima tahun itu adalah akibat didera ibu dan teman lelakinya yang mempunyai tabiat suka mendera.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang menerima mangsa sebagai pesakit jam 12.50 tengah malam, 22 Ogos lalu.

“Bantuan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) diberikan kepada mangsa, namun tiada respons positif.

“Mangsa kemudian didapati meninggal dunia dan maklumat awal mendapati kanak-kanak terbabit dikatakan dilanggar kereta.

“Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama disyaki akibat didera,” katanya.

ACP A.A. Anbalagan berkata, siasatan dilakukan mendapati mayat mangsa disyaki didera atau dipukul sebelum dia dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang.

“Susulan itu, kami menahan ibu mangsa berusia 44 tahun yang juga suri rumah dan teman lelakinya berusia 29 tahun bekerja sebagai pemandu lori pada 22 Ogos lalu. Suspek wanita didapati menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS