Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CABARAN ANGGOTA MPV, URB DI LAPANGAN, TENANG LAYAN PROVOKASI

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2023 - Sebagai petugas barisan hadapan, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) memainkan peranan penting dalam penugasan selaku pasukan yang menerima maklumat awal berhubung kejadian jenayah.

Kehadiran mereka sebagai pasukan pertama yang tiba di lokasi membolehkan tindakan pantas diambil selain tugas hakiki melakukan rondaan bagi mencegah jenayah.
Justeru, penugasan anggota unit berkenaan yang dijalankan secara berpasukan memerlukan semangat kerjasama serta berkomunikasi antara satu sama lain meskipun berbeza latar belakang.

Ini termasuk pengendalian situasi membabitkan orang awam yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Bagi anggota URB Unit Polis Pelancong (UPP) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), Lans Koperal S Kannan Sathaselvan, 29, pelbagai cabaran dihadapi pihaknya semasa bertugas termasuk berdepan provokasi daripada orang awam yang menyentuh sensitiviti kaum.

Ikuti kupasan lanjut bersama anggota dari JPJKK, IPK KL yang menceritakan pengalaman semasa tugasan mereka di lapangan menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS