Menu

[VIDEO PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2023: DAH HAMPIR 100 KALI TERJUNAN!

Putrajaya, 1 September 2023 - Keberanian anggota Pasukan 69 Komando berjuang mempertahankan kedaulatan negara ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 2013 menjadi pencetus semangat bagi Koperal Mohd Sofiyuddin Ismail untuk menyertai pasukan elit itu.

Koperal Mohd Sofiyuddin, 33 berkata, keberanian anggota 69 Komando mempertahankan kedaulatan negara ketika insiden Lahad Datu membuka pintu hatinya untuk masuk pasukan itu.

"Ini kerana sebagai anggota polis, saya mahu memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan negara dan sedia berkorban demi menjaga keamanan negara," katanya ditemui selepas melakukan terjunan ketika raptai penuh Perbarisan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya, di sini, kelmarin.

Anak jati Arau, Perlis itu berkata, dia mula bertanya kepada senior mengenai penugasan pasukan itu sebelum membuat keputusan menyertainya pada 2018.

Menurutnya, dia kemudian ditempatkan di Seksyen Latih Cawangan Latihan Para 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

"Saya banyak belajar daripada senior untuk mahir melakukan terjunan payung terjun dan sehingga kini, saya sudah berjaya melakukan hampir 100 kali terjunan.

"Jika nak ikut perasaan ini, pastinya ada rasa takut apabila berada di tempat tinggi. Namun perasaan itu, kita kena kawal untuk memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../dah-hampir-100-kali-terjunan

Sumber Video: horro1969

Pautan Video di: 
https://www.facebook.com/watch/?v=1004855500759531
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS