Ranau, 2 September 2023 - Hisap vape dipercayai punca beberapa pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah berasrama, di sini yang mana video kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.
Ketua
Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, susulan kejadian itu polis menahan 10 pelajar di sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.
"Lima pelajar ditahan semalam manakala lima lagi ditahan hari ini.
"Semua pelajar yang ditahan berusia 15 hingga 17 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.