Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TOLAK RASUAH, JAGA IMEJ PDRM

Jangan ambil rasuah, takut termakan budi. Itu nasihat bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesara Sarjan Detektif Mahat Jafar yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam pasukan polis.

Pesara Sarjan Detektif Mahat, 73, berkata prinsipnya adalah ikhlas dalam menjalankan tugas di samping memenuhi kod etika PDRM bagi memastikan integriti sebagai penjawat awam terpelihara.

Menurut bekas anggota Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman itu, beliau pernah terlibat bersama pegawai berpangkat Inspektor dalam pelbagai siri operasi antaranya serbuan sindiket pemalsuan pasport di Ipoh, Perak sekitar tahun 1990-an.

"Dalam serbuan bersama pegawai itu, seorang suspek menawarkan sejumlah wang tunai yang banyak, namun kami telah menolak rasuah tersebut dan segera membawa individu berkenaan ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Ikuti temu bual lanjut oleh Pesara Sarjan Detektif Mahat Jafar dalam menyingkap kembali pengalamannya semasa berkhidmat dalam PDRM yang bersikap integriti tinggi dengan menolak rasuah demi menjaga imej PDRM menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS