Seremban, 3 September 2023 - Tindakan kurang ajar dengan sengaja membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikal di stesen minyak di Jalan Rasah di sini, sebelum rakaman itu tular di laman sosial.
Itu tindakan kacau ganggu dilakukan beratus penunggang motosikal rata-ratanya dalam kalangan remaja dan belia.
Menyedari masalah ditimbulkan golongan terbabit hampir setiap minggu, polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan
Negeri Sembilan menjalankan operasi samseng jalanan di Plaza Tol Mambau di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini, kelmarin.
Tindakan liar kumpulan mat rempit itu itu memaksa polis melakukan satu lagi sekatan di sekitar kawasan stesen minyak berkenaan.
Menyedari kehadiran polis, kumpulan mat rempit terbabit cuba melarikan diri selain ada yang bertindak meninggalkan motosikal di lokasi berkenaan.
Timbalan Ketua
Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, tindakan melalui operasi Op Ambang Merdeka itu membabitkan tujuh pegawai dan 62 anggota itu bermula kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, operasi turut disertai anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan yang memeriksa 230 motosikal serta 265 individu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.