JPJKK merupakan jabatan keempat yang dilawati oleh Dato' Sri Ayob Khan selepas Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman pada
pertengahan Ogos lalu dalam siri turun padang bertemu kepimpinan di peringkat jabatan PDRM.
Dalam lawatan kerja rasmi itu juga, Timbalan KPN turut berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga JPJKK agar mengekalkan imej dan kredibiliti jabatan selain meningkatkan integriti serta tata kelola bagi memastikan perkhidmatan yang efisien dapat disalurkan kepada masyarakat.
Terdahulu, ketibaan Dato' Sri Ayob Khan sekitar jam 10.45 pagi tadi telah disambut oleh Pengarah JPJKK, CP Dato' Sri Aidi Ismail sebelum menandatangani buku pelawat.
Dato' Sri Aidi turut menyampaikan taklimat berkenaan kesiapsiagaan dan pelan pembangunan aset serta sumber manusia JPJKK dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan barisan Ketua Penolong Pengarah serta pegawai kanan JPJKK, Bukit Aman.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryan Mustin