Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘JERAT TAK PERNAH LUPAKAN PELANDUK’, PDRM TAK HENTI BURU JHO LOW UNTUK DIBAWA KE MUKA PENGADILAN - KPN

Kuala Lumpur, 8 September 2023 – “Jerat tak pernah lupakan pelanduk,” tegas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berhubung usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Tan Sri Razarudin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak pernah berhenti menjejaki ahli perniagaan yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana 1MDB itu.

“Saya sudah cakap sebelum ini. Jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

“Sama juga seperti Jasmine Loo, bekas peguam 1MDB, orang tidak bertanya mengenai keberadaan dia sebelum ini, tetapi kita (polis) berjaya bawa balik, sama juga seperti Jho Low,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Simposium Forensik bagi Penguatkuasa Undang-Undang ke-4 di Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam.

Menurutnya, kertas siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, pecah amanah sudah dilengkapkan dan diserah kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sejak Ogos lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS