Menu

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: LELAKI TUNJUK ANU PADA WANITA DITAHAN

Bukit Mertajam, 8 September 2023 - Akhirnya, individu berusia 50-an yang berperangai tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita, ditahan polis di sebuah premis di Jalan Aston di sini, jam 3.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, suspek ditahan susulan laporan polis diterima berkaitan perbuatan terbabit.

“Mangsa yang juga wanita tampil membuat laporan polis susulan insiden itu.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada kenyataan, semalam.

Selasa lalu, media melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di parkir di sebuah restoran makanan segera di Alma, di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS