Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM KELUARKAN 116,103 SAMAN EKOR PEMANDU TEGAR

Petaling Jaya, 9 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 116,103 saman dengan anggaran nilai lebih RM34 juta di seluruh negara dalam operasi saman tembak laju sejak 21 Ogos lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah tersebut, pemandu kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 93,203 saman manakala 20,569 saman dikenakan terhadap lain-lain kenderaan antaranya pemandu kereta pacuan empat roda, van dan teksi.

Katanya, selain itu, sebanyak 1,757 saman turut dikenakan terhadap kenderaan perdagangan manakala 574 lagi dikeluarkan kepada penunggang motosikal.
“Negeri tertinggi saman tembak laju dikeluarkan adalah di Selangor iaitu 34,440 saman.
“Operasi ini dijalankan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam negara terutamanya kesalahan memandu melebihi had laju antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS