Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GANGGUAN SEKSUAL “ONLINE” MENINGKAT

Kuala Terengganu, 11 September 2023 - Gangguan seksual terhadap golongan wanita dalam talian melalui penghantaran pesanan dan gambar dikesan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hjh. Aiman Athirah Sabu berkata, antara bentuk gangguan seksual dalam talian menerusi media sosial yang kerap berlaku adalah penghantaran mesej dan gambar lucah kepada wanita.
“Mangsa juga boleh menerima gangguan seksual menerusi komen-komen diterimanya di media sosial.

“Mereka boleh mengambil tindakan dengan melapor (gangguan itu) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya di Taman Tamadun Islam di sini semalam.
Jelas beliau, perbuatan gangguan seksual tidak harus terus dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat.
"la tidak boleh dianggap sebagai jenaka kerana gangguan itu boleh memudaratkan keselamatan mangsa.

“Selain itu, kesihatan mental, fizikal dan psikososial mangsa akan terjejas akibat gangguan seksual tersebut,” katanya.
Hjh. Aiman Athirah berkata, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 477 kes gangguan seksual termasuk 14 dilaporkan di Terengganu pada tahun lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS