Keempat-empat pegawai polis wanita tersebut telah berjaya menamatkan Kursus Private Pilot’s Licence
No. 19 Siri 1/2021 yang turut disertai oleh lapan lagi pegawai polis lelaki dan kesemua mereka disematkan lencana sayap penerbangan oleh Dato’ Sri Ayob Khan dalam sambutan Hari Ulang Tahun PGU ke-44 yang diadakan di Pangkalan Latihan Udara PGU, Ipoh, Perak.