Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Aktiviti jenayah siber seperti penipuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka lebih meluas di negara ini apabila teknologi itu digunakan sepenuhnya dalam masa terdekat.
"Menerusi teknologi AI penjenayah siber bertindak lebih ke hadapan apabila boleh menggunakan rakaman video atau gambar palsu “deepfakes” berasaskan AI untuk membuat pemerasan dan panggilan palsu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
"Bukan sahaja suara, malah video dan gambar juga boleh di olah menggunakan AI oleh pelaku untuk menipu mangsa. Mereka juga dikesan menggunakan teknik “natural language” (bahasa natural), gaya suara seseorang boleh ditiru dengan mudah, malah dalam apa bahasa sekalipun yang menggambarkan ia adalah suara mangsa," katanya kepada Harian Metro.