Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT INSPEKTOR WANITA JADI KUMPULAN PERTAMA JURUTERBANG PGU

Ipoh, 12 September 2023 - Empat pegawai polis berpangkat Inspektor mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia.

Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 31 tahun, Inspektor Yeoh Yee Chee, 31 tahun, Inspektor Siti Nabila Abdullah, 33 tahun dan Inspektor Nur Hidayah Mohd. Aisa, 33 tahun, antara 12 juruterbang PGU yang berjaya menamatkan kursus Private Pilot''s Licence (PPL) No. 19, Siri 01/2021.

Pemilihan mereka itu selepas 44 tahun PGU ditubuhkan pada 1 Februari 1979.

Keempat-empat mereka dianugerahkan lencana sayap juruterbang yang disematkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena Hari Ulang Tahun PGU ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of text that says 'Empat Inspektor wanita jadi kumpulan pertama juruterbang PGU IPOH: Empat pegawai polis ber- kumpulan pertama Timbalan Ketua Polis Negara, Mydin Gerakan Diraja Malay- pula, kami adalah juruterbang Inspektor Aulia Pangkalan Gerakan Udara (PLPGU), Menurut Hami segi peserta lelaki baik ademik pener- Hidayah, pemilihan juruterbang Nabila Abdullah, Hidayah antara AYOB Khan Mydin Pitchay Siasatan Polis Daerah namatkan kebolehan dengan Private Pilot's berkhidmat NAZREEN SYAH MUSTHAFA kanan) bersama empat pegawai wanita gembira apabila tahun dan ditubuhkan melakar PGU, mereka ruterbangy dapat lelaki intuknya kerana sebagai penerima Anugerah disematkan oleh 'Kalau dari segi cabarannya cabaran terbesar kursus terse- ketika melaku- semuanya sendiri.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS