Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JLOG ADAKAN LAWATAN KERJA KE BALAI POLIS KARAK

Bentong, 13 September 2023 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karak, di sini semalam.

Lawatan beliau ke balai berkenaan adalah bertujuan menghadiri taklimat perbelanjaan prasarana pusat operasi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi di daerah tersebut.

Seusai itu, Dato’ Seri Sahabudin turut dibawa ke Balai Polis Manchis bagi meninjau kawasan tersebut yang juga dijadikan sebagai pusat operasi sepanjang PRK DUN Pelangi nanti.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman, Ketua Penolong Pengarah JLog Bukit Aman, ACP Wan Zaki Wan Arshad, Penolong Pengarah (Telekomunikasi), JLog Bukit Aman, ACP Basri Abu Bakar dan barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.



May be an image of 9 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS