Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan Balai Polis Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Rabiatul Adawiyah Yaakob berbesar hati melayani kanak-kanak dari Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Majid dan PASTI Al Haq yang hadir melakukan lawatan sambil belajar ke IPD dan balai berkenaan.
Seramai 18 orang murid
dalam lawatan tersebut yang begitu teruja dan ceria apabila berpeluang menaiki kenderaan yang digunakan oleh polis dalam tugasan harian.
Dalam lawatan tersebut mereka turut diberikan pendedahan tentang keselamatan diri serta tips pencegahan jenayah selain memupuk minat mereka dalam bidang kepolisan.