Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA TAWARAN HARGA TERLALU MURAH

Kuala Lumpur, 14 September 2023 - Polis memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan bagi setiap laporan yang diterima berkaitan penipuan kontraktor pembinaan untuk mengenal pasti elemen jenayah dilakukan mereka.

la susulan beberapa individu tampil membuat laporan polis selepas rumah mereka terbengkalai akibat ditipu kontraktor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pemilik rumah dinasihatkan supaya tidak membuat keputusan terburu-buru terutama bila mendapat tawaran harga yang terlalu murah bagi membuat proses pengubahsuaian.

“Jika tiada rujukan, jangan ambil risiko, ini penting untuk meminimumkan risiko ditipu bagi mengelakkan kerugian, bak kata pepatah ‘untung secupak, rugi segantang'.
“Isu berkaitan rumah terbengkalai atau kegagalan kontraktor untuk menyiapkan kerja pembinaan atau pengubahsuaian merupakan antara isu yang dilaporkan kepada kami.
“Sekiranya didapati wujud elemen jenayah di dalam laporan polis terbabit, siasatan lanjut akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS