Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2023: ‘EMPAT TERBUNUH, TUJUH LAGI CEDERA’, SAKSI MATA IMBAU TRAGEDI POS POLIS DISERANG 80 PENGGANAS KOMUNIS DI PONTIAN

Pontian, 14 September 2023 - Masih terngiang-ngiang bunyi letupan tembakan senapang komunis di telinga seorang warga emas apabila menjadi saksi mata kisah hitam ketika 12 anggota polis diserang musuh komunis hampir tujuh dekad lalu.
Detik berdarah itu disaksikan Masari Masiron, 81, ketika anggota polis berkenaan bertugas menjaga Pos Polis di Ladang Nenas Chuang Seng, Pontian sekitar tahun 1954.

Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, DSP Mansor Omar berkata, Masari menceritakan kembali peristiwa serangan gerila komunis itu berlaku tiga tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan iaitu pada 19 Oktober 1954.

Ujarnya, serangan komunis bermula pada pukul 2 pagi apabila diserang hendap kira-kira 80 anggota musuh ke atas pos polis berkenaan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Balai Polis Kayu Ara Pasong, di sini.
“Dua anggota polis yang bertugas di pos kawalan melihat beberapa kelibat manusia menghampiri pos polis cuba mencabar musuh dengan kata laluan.
“Namun tiba-tiba bunyi tembakan dilepaskan tepat ke arah anggota berkenaan hingga salah seorangnya cedera di tangan dan punggung sebelum rebah.

“Seorang lagi anggota polis membalas tembakan ke arah musuh hingga senapangnya kehabisan peluru sebelum bertindak meloloskan diri memberitahu sembilan rakan setugas lain yang sedang berehat di pos terbabit,” katanya ketika ditemui Kosmo baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS