Kuala Lumpur, 18 September 2023 - Polis Diraja Malaysia mendapati kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian termasuk berkongsi kandungan pornografi di negara ini semakin membimbangkan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, kes itu menunjukkan peningkatan bagi tempoh lima
tahun kebelakangan ini.
Menurutnya, sebanyak 5,727 kes direkodkan sejak 2018 hingga 2022 iaitu secara purata dianggarkan tiga kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa dalam sehari.
Daripada jumlah itu, katanya, terdapat sebanyak 67 kes bagi kesalahan mengakses pornografi kanak-kanak.