Menu

VIDEO PILIHAN: AKSI DUA ANJING K9 PUKAU PELAJAR WESTLAKE INTERNATIONAL SCHOOL

Persembahan dua ekor anjing terlatih Unit Anjing Pengesan (K9) dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ternyata memukau para pelajar dan sekali gus memberikan pengalaman baru buat para pelajar Westlake International School, Kampar, dekat sini, semalam.

Dalam persembahan itu, anjing jenis German Shepherd iaitu Chulio dan Rocky bersama pengendali masing-masing, Koperal Tony Matius Farang dengan Lans Koperal Tan Wei Hong mempamerkan aksi mengejar penjenayah sehingga tertangkap membuktikan kepentingan anjing-anjing tersebut membantu pihak polis dalam menjaga keselamatan serta mengesan sebarang aktiviti penjenayah.


Link Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/1343841316551821/


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS