Kuantan, 19 September 2023 - Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersempena Perasmian Kursus Jurulatih Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa Siswi dan Kursus Pengendalian Sukarelawan Simpanan Polis Siri 1/2023, semalam.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pahang,
CP Dato’ Sri Yahaya Othman bersama timbalannya DCP Dato’ Noor Hisam Nordin.
Turut hadir, Ketua JPJKK Pahang, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Pahang, SAC Azhan Abdul Halim.