Kuantan, 20 September 2023 - Pengarah
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Aidi Ismail telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Asas Jurulatih Kor Kadet Polis dan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) di Auditorium Mat Kilau Wisma TNB, di sini, semalam.
Kursus Asas Jurulatih Kor Kadet Polis dan Kor SUKSIS tersebut
telah bermula pada 18 September lalu melibatkan seramai 39 peserta dari Kontinjen Selangor, Pahang dan Perak.
Dalam majlis sama, Dato' Sri Aidi turut merasmikan Kursus Training of Trainers - Pengendalian Sistem Volunteer Smartphone Patrol Siri 1/2023 di mana ia disertai seramai 20 pegawai rendah polis daripada pelbagai pangkat yang bermula semalam hingga hari ini bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Logistik, Alor Akar Kuantan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin, Ketua JPJKK Kontinjen Pahang, SAC Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa, JPJKK Bukit Aman, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dan warga kerja JPJKK Kontinjen Pahang.