Menu

TERIMA KASIH DCP DATO’ HJH. NOORSIAH, SELAMAT BERTUGAS DCP ALZAFNY SEBAGAI SUPM BAHARU

 
Kuala Lumpur, 21 September 2023 – Setelah 38 Tahun menabur bakti dalam Pasukan, kerjaya DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin telah sampai ke kemuncaknya dalam satu Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), di Bukit Aman, pagi tadi.

Figura anggun dan penuh lemah lembut, menjadi perhatian apabila dilantik sebagai wanita pertama dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyandang jawatan sebagai SUPM pada 22 April 2022 lalu. Ibarat pepatah, 'tangan yang menghayun buaian, dapat mengoncang dunia'.

Ibu kepada empat cahaya mata tersebut membuktikan tahap profesionalisme dan kredibilitinya diiktiraf oleh pengurusan tertinggi PDRM, selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha serta kemampuan beliau selama menabur bakti sejak menyertai Pasukan keramat ini pada 1 Julai 1985.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN) tadi dimulakan dengan penyematan lencana pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) yang disempurnakan oleh Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada DCP Alzafny Ahmad yang akan memegang portfolio SUPM yang baharu.

Seusai itu, majlis diteruskan dengan acara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas jawatan SUPM di antara Dato’ Hjh. Noorsiah dengan DCP Alzafny sambil disaksikan Dato' Sri Ayob Khan.

DCP Alzafny yang bukan calang-calang orangnya, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Pasukan. Antaranya Ketua Polis Klang Selatan, Selangor, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Kontinjen Kuala Lumpur (KL) dan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod JSJ Bukit Aman.

Berucap dalam majlis tadi, Dato’ Sri Ayob Khan menzahirkan penghargaannya kepada Dato’ Hjh. Noorsiah di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan, sambil menyifatkan beliau sebagai seorang pegawai kanan yang sentiasa menjaga perihal kebajikan pegawai bawahan serta tidak mudah patah semangat dalam menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi sepanjang memegang jawatan SUPM.

“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada DCP Alzafny atas kenaikan pangkat dan berharap agar menggendong tanggungjawab yang diamanahkan ini dalam memperkasakan lagi keberkesanan urus tadbir Pasukan, terutamanya dalam menyokong serta melancarkan lagi gerak kerja Pucuk Pimpinan”, ujar beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, CP Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari dan barisan Ketua Urus Setia KPN Bukit Aman.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung. Terima kasih Dato’ Hjh. Noorsiah dan diucapkan selamat bertugas buat DCP Alzafny!

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person, headscarf, dais and text that says 'NOORSIAH S S'

May be an image of 11 people, clarinet and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'YDH DCP DATO' HJH. NOORSIAH BINTI MOHD. SAADUDDIN KEPADA YDH DCP ALZI 1SEPTEMBER 2023 (KHIS) BILIK AHMAD ARAS 31, MENARA 1, BUKIT AMAN 12429 Pnn $ Selamat Bersara :'

May be an image of 2 people and text
May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people, newsroom and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS