Menu

UTK WANITA: TANGKAS, BANTERAS, GANAS

Inspektor Lim Siok Shan, 32 tahun atau lebih dikenali sebagai 'Joanne' dikalangan rakan sejawatannya merupakan Pegawai Kanan Polis Wanita yang menyertai Unit Tindakhas (UTK) sekitar tahun 2017.

Memegang prinsip, mengambil cabaran sebagai pendorong kejayaan, Inspektor Joanne memilih kerjaya polis dan menyertai unit elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dengan cekal sehingga berjaya menamatkan latihan asas yang lazimnya dimonopoli oleh pegawai lelaki.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga merupakan isteri kepada seorang Pegawai Kanan Polis, ASP Liong Ming Chang yang pernah menyertai sebuah lagi unit elit PDRM iaitu 69 Komando.

Sesungguhnya, jasa bakti kesemua pegawai PDRM dalam mendaulatkan negara amatlah disanjung tinggi. Teruskan Perjuangan Wira Sang Saka Biru!

Sumber: PDRM RMP TV




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS