Kuantan, 23 September 2023 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim serta Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini ‘kembali’ ke sekolah lama di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (
Semsas), di
sini, pagi tadi.
Ketiga-tiga pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan Alumni SEMSAS itu diraikan dalam Program Pencegahan Jenayah ‘Back To School’ Ex-SAS Sempena Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan SEMSAS.
Antara alumni yang turut diraikan adalah Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (
PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Jalaludin Hamid.
CP Dato’ Sri Mat Kasim sebagai wakil peserta ‘Back To School’ dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat di atas persiapan rapi, sehingga program tersebut dapat direalisasikan sebagaimana dirancang.
Beliau turut berharap dengan kehadiran mereka sebagai bekas pelajar SEMSAS dapat melonjakkan semangat para pelajar untuk terus gigih menuntut ilmu agar dapat menempah kejayaan di masa hadapan.
“Khasnya para pelajar, kami berlima turut berada di SEMSAS pada lebih empat puluh tahun dahulu untuk menimba ilmu. Kehadiran kami juga diharap dapat dilihat dan dinilai sebagai antara bukti bahawa SEMSAS mampu melahirkan modal insan yang kompetetif dan kompetan melalui kerjaya yang kami ceburi.
Dalam majlis tadi, pucuk pimpinan Pasukan itu turut diberi penghormatan untuk meletakkan poster ikon Ex-SAS masing-masing di papan tanda khas dalam Anjung KPJ sebelum meneruskan dengan sesi lawatan mengimbas memori di sekitar kawasan sekolah.
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jips, Datin Sri Norliah Hj. Othman, Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden, Timbalan Ketua
Polis Pahang, DCP Dato’ Noor Hisam Nordin bersama isteri, Datin Noormawati Abdul Latip merangkap Naib Pengerusi
Perkep Kontinjen Pahang, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang, merangkap Pengerusi Penganjur Program, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusoff Ali, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid),
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tuan Yusof Kassim, Pengetua SEMSAS, Tuan Hj. Mahadzir Hj. Hanapiah serta Pengerusi
Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) Negeri Pahang, Dato’ Yong Kim Hong.