Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CUAI PUNCA 13,516 MATI KEMALANGAN - PENGARAH JSPT

Petaling Jaya, 25 September 2023 - Sebanyak 250,727 daripada 1.2 juta kes kemalangan yang berlaku di seluruh negara sejak 2021 hingga Ogos tahun ini dan meragut 13,516 nyawa berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.

Antara kecuaian dikenal pasti ialah mengekori kenderaan lain terlalu rapat, mengantuk, leka, pemandu ‘bermain' telefon bimbit dan ada yang berangan.

Jumlah 13,516 kematian direkodkan akibat daripada 4,247 kemalangan, pada 2021 diikuti 5,671 kes (2022) manakala 3,598 kes untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Dato' Sri Mat Kasim Karim berkata, mengikut rekod Polis Diraja Malaysia punca nahas tertinggi disebabkan pemandu mengekori kenderaan lain dengan rapat iaitu 81,136 kes.

Menurut beliau, bagi mengelakkan kemalangan, jarak ditetapkan bagi setiap kenderaan mesti dalam lingkungan dua hingga empat buah kenderaan.

“Sebanyak 59,032 kes kemalangan lagi berpunca daripada pemandu tidak nampak atau tidak perasan kenderaan lain termasuk ada yang menggunakan telefon bimbit.
“Selain itu, sebanyak 46,786 kes kemalangan berlaku ketika pemandu atau penunggang motosikal cuai ketika mahu keluar simpang,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says '250,727 nahas akibat pemandu mengantuk, main telefon, berangan Cuai punca 13,516 mati kemalangan kecuaian Cuai punca 13,516 mati kemalangan Sebanyak INFO rekodkan uk daripada 344207k katanya Mat Bersambung'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS